KUCHING, 13 Sep - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke ibu negara setelah menyempurnakan Jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ dari Sabah ke Sarawak yang akan diadakan dari 3 hingga 13 September 2023.
Kebarangkatan tiba Seri Paduka baginda berdua ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 3.40 petang tadi disambut oleh Pemangku Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar.
Hadir sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tunku Haji Bujang, Timbalan Premier Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, menteri-menteri Sarawak dan kenamaan yang lain.
Sumber dari : Sarawakku